Tuesday, April 6, 2010

Laporan KAMIE 2010

Kem Kepimpinan Mahasiswa Islam Kelantan (KAMIE 2010)
Tarikh : 18-20 Mac 2010
Tempat : Sweet Beach Resort, Tok Bali
Anjuran : Markaz Siswazah Kelantan (MSK) dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan
Penyertaan IPT : JAIPUTRA, KIST, KIAS, UM Nilam Puri, Masterskill, UiTM Machang, UniRazak, IPG Pgkln Chepa, Kolej PTPL
Peserta : 86 orang

Hari Pertama
Pendaftaran Peserta bermula dari jam 4 petang....
Solat Maghrib Berjemaah.... dan makan malam..........

Selepas Solat Isya berjemaah, peserta2 telah diminta untuk ke Dewan Seminar untuk Slot Ceramah yang pertama yang telah disampaikan oleh YB Senator Mumtaz Mohd Nawi dengan tajuknya iaitu Pemimpinkah Aku??
Dalam ceramah tersebut, YB Senator yang telah menggelarkan dirinya sebagai Kak Taz telah membuka minda para peserta tentang kepimpinan yang merupakan satu modal penting dalam diri setiap peserta..

Ceramah yang disampaikan oleh Kak Taz sangat menarik perhatian semua peserta yang baru datang menghimpuni sembilan buah IPT di Negeri Kelantan ni. dan penyampaian Kak Taz sangat menarik dan menghiburkan...

Sekian saja laporan admin pada kali ini... oleh kerana masa dan komitmen sebagai seorang pelajar menuntut admin berhenti di sini...

Wassalam.. akan bersambung...

Saturday, March 27, 2010

GIMIK 2010



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Pada tanggal 20 Mac 2010, tertubuhlah sebuah persatuan GIMIK, ataupun GABUNGAN IKHWAH MAHASISWA ISLAM KELANTAN bersempena berakhirnya Kem Kepimpinan Mahasiswa Islam Kelantan (KAMIE 2010).

Persatuan GIMIK ini ditubuhkan untuk....